KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 - SEKEPING KARTU KECIL


SEKEPING KARTU KECIL




                                   
      ASPEK KAJIAN




  • MAKSUD SETIAP RANGKAP
  • TEMA 
  • NADA
  • PERSOALAN
  • GAYA BAHASA
  • CIRI BENTUK PUISI
  • NILAI MURNI 
  • PENGAJARAN














MAKSUD SETIAP RANGKAP

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,terdapat maksud bagi setiap rangkap tersebut .iaitu rangkap pertama ialah penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah lama berpisah.

Rangkap kedua pula penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.

seterusnya maksud rangkap ketiga ialah memerihalkan bahawa kad tersebut telah menggembirakan penyajak dan penyajak terkenag akan hubungan mereka pada masa lampau.

Maksud rangkap keempat ialah penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti.Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat.Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai sahabat.







                                                                                   .

            TEMA

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,tema sajak tersebut ialah bertemakan persahabatan.Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara dia dengan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.


                                                                     


















 NADA

Antara nada yang terdapat dalam sajak SEKEPING KARTU KECIL ini ialah nada melankolik iaitu pada baris pertama.penyajak menyatakan perasaan sedihnya kerana teringat akan kekasihnya.Selain itu,nada romantik atau damai iaitu penyajak menyatakan perasaan gembiranya untuk menemui kekasihnya namun bukan lagi sebagai kekasih tetapi sebagi sahabat

















.


PERSOALAN

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,terdapat lima persoalan serta contoh.pertama,persoalan kesetiaan dalam memupuk persahabatan contohnya ya,ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin.

Seterusnya,persoalan kasih sayang dalam keluarga contohnya dan tiga orang anak tercinta.

Selain itu,persoalan menyambut tetamu dengan baik contohnya sambutlah sebagaimana kebiasaan engkau menyambut tetamu.

Disamping itu, persoalan pentingnya menerima ketentuan tuhan. Contohnya kuharap semoga engkau tidak terperanjat.

Akhir sekali, persoalan pentingnya menjalinkan hubungan persaudaraan. Contohnya kiranya hubungan persaudaraan kita terus kukuh kekal berpanjangan sampai bila-bila.






GAYA BAHASA

  Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,terdapat beberapa gaya Bahasa serta contoh.Gaya Bahasa pertama ialah kata ganda contohnya Tiba-tiba.Seterusnya,sinkope contohnya tak sepatutnya tidak.Selain itu,inversi contohnya angin bertiup sepatutnya bertiup angin.Disamping itu,penggunaan asonasi contohnya lantaran lama sekali tak jumpa.Akhir sekali,aliterasi contohnya pada lebaran yang bersih nanti.
     
     


        













CIRI BENTUK PUISI

Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,terdapat ciri bentuk puisi iaitu pertama sajak ini mempunyai empat rangkap.seterusnya sajak ini mengandungi 2 hingga 7 patah perkataan contohnya pada rangkap 3 iaitu hidup kembali, pada rangkap ke-4 iaitu ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu.Selain itu, bilangan baris dalam sajak ini ialah 4 hingga 16 baris contohnya pada rangkap 2 dan 16 baris pada rangkap 4.Disamping itu, rima akhir sajak ini ialah abcd.Akhir sekali, sajak ini berbentuk bebas.














NILAI

  Antara nilai yang terdapat dalam sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman ini ialah nilai kasih sayang contohnya pada rangkap keempat ,justeru sebagai saudara seagama bersama isteri dan tiga orang anak tercinta.
  Seterusnya,nilai prihatin contohnya pada rangkap kedua,Tadi aku disapa sekeping kartu kecil di sana engkau catat ringkas “selamat lebaran Aidilfitri dan maaf lahir batin”.
  Selain itu,nilai baik hati contohnya pada lebaran yang bersih nanti ya, ingin sekali aku berkunjung   ke rumahmu.
  Disamping itu, nilai setia kawan contohnya kiranya hubungan persaudaraan kita terus kukuh kekal berkepanjangan sampai bila-bila.
  Akhir sekali, nilai menerima ketentuan tuhan contohnya kuharap semoga engkau tidak terperanjat sambutlah sebagaimana kebiasaan engkau menyambut tamu.



                             




PENGAJARAN


  Berdasarkan sajak SEKEPING KARTU KECIL karya Mohd Adid Ab Rahman,terdapat pengajaran yang dapat diambil dalam sajak tersebut iaitu kita hendaklah menyayangi keluarga kita contohnya justeru sebagai saudara seagama bersama isteri dan tiga orang anak tercinta.
  Selain itu,kita hendaklah menerima ketentuan contohnya kuharap semoga engkau tidak terperanjat.
  Seterusnya,kita hendaklah menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia contohnya kiranya hubungan persaudaraan kita terus kukuh kekal berkepanjangan sampai bila-bila.
  Disamping itu, janganlah kita lupa akan sahabat kita contohnya pada rangkap 1 iaitu sungguh kupercaya engkau lupa sudah lantaran lama sekali tak jumpa.
Akhir sekali, kita hendaklah mempunyai sikap prihatin terhadap manusia contohnya rangkap ke-2 iaitu tadi aku disapa sekerping kartu kecil di sana engkau catat ringkas “selamat lebaran Aidilfitri dan maaf lahir batin”.   


                                                      










Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESUSASTERAAN MELAYU - SELAMAT TINGGAL EROPAH II

KESUSASTERAAN MELAYU-SEORANG TUA DI KAKI TAMADUN(PUISI MODEN)

KESUSASTERAAN MELAYU SPM - MENTERJEMAH BAHASA

KESUSASTERAAN MELAYU-CERPEN 000000000

SAMPLE ESSAY ABOUT MISSING CHILDREN AND SOLUTION TO OVERCOME THAT ISSUES

VIRUS DARI LANGIT GLOBAL(KU BENTANG SEHELAI PETA) sastera SPM