VIRUS DARI LANGIT GLOBAL(KU BENTANG SEHELAI PETA) sastera SPM

                VIRUS DARI LANGIT GLOBAL

RANGKAP 1
                                                                                                            Gejala sosial menjadi wabak dalam dunia moden hari ini.Demikian generasi moden diracuni oleh sikap kurang ajar dengan perlakuan hedonisme yang wujud dalam diri                                                                                                                                                                      

RANGKAP 2

Penyajak menyatakan nilai generasi moden terhakis dengan gejala sosial dan perlakuan yang buruk meresap ke dalam jati diri generasi muda.

RANGKAP 3

Penyajak memberitahu bahawa penyakit ini datang dari dunia tanpa sempadan.Gejala sosial menakluki jiwa dan hati sehingga generasi muda hilang pertimbangan,tiada lagi tatasusila dan budaya bangsa musnah akhirnya harapan negara hancur berkecai.

TEMA
Jati diri generasi muda yang terhakis akibat pengaruh budaya moden.

PERSOALAN
  1. Persoalan kesan pengaruh budaya asing membentuk generasi yang kian terjejas.Contohnya "virus kebiadapan kian merebak".
  2. Persoalan budi pekerti yang menghilang akibat pengaruh budaya luar.Contohnya "kontang sudah ladang yang subur".
  3. Persoalan pengaruh anasir luar melahirkan genarasi yang tidak berkualiti.Contohnya"hilangnya nanti permata negara".

CIRI BENTUK PUISI
  • Puisi ini mengandungi 3 rangkap
  • Terdapat 8 hingga 13 baris dalam setiap rangkap.Contohnya Rangkap 1 mempunyai 8 baris manakala Rangkap 3 mempunyai 13 baris.
  • Setiap baris mengandungi 3 hingga 6 patah perkataan.Contohnya Rangkap 1 baris ke 3(menjengah ruang fikiran).Manakala Rangkap 1 baris 5 (menyemai benih radiasi songsang menerjah minda).
  • Setiap baris mengandungi antara 7 hingga 16 suku kata.Contohnya Rangkap 1baris ke-3 (menjengah ruang fikiran) mengandungi 7 suku kata manakala Rangkap 1 baris ke-8(menyemai benih radiasi songsang menerjah minda) mengandungi 16 suku kata.
  • Rima akhir setiap rangkap adalah tak sama.contoh R1(abcdeec),R2(abcdefg).
  • kesimpulanya puisi ini bebas/tidak terikat

GAYA BAHASA
  1. Kata ganda.Contohnya virus-virus
  2. Metafora.Contoh menjengah ruang fikiran
  3. Anafora iaitu pengulangan diawal baris.Contoh

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 - SEKEPING KARTU KECIL

KESUSASTERAAN MELAYU - SELAMAT TINGGAL EROPAH II

KESUSASTERAAN MELAYU-SEORANG TUA DI KAKI TAMADUN(PUISI MODEN)

KESUSASTERAAN MELAYU SPM - MENTERJEMAH BAHASA

KESUSASTERAAN MELAYU-CERPEN 000000000

SAMPLE ESSAY ABOUT MISSING CHILDREN AND SOLUTION TO OVERCOME THAT ISSUES